Legoland...........oh.............Legoland...............
sebut aje LEGO maka terbayanglah peminat Lego adalah dikalangan kanak-kanak termasuklah anakku.....alhamdulillah setelah beberapa tahun memendam hasrat akhirnya tercapai jugak impian anak2 untuk ke Legoland...ini pun sebagai HADIAH untuk anak2 yang cemerlang dalam pelajaran mereka.....ibubapa hanya tumpang keseronokan anak2 aje.....hihi
sebelum ke Legoland terlebih dahulu wajiblah ku buat research sikit sebanyak pasal Legoland dari blog-blog yang bersepah kat google tu...alhamdulillah sangat banyak membantu...jadi memikirkan manfaatnya tips-tips percutian yang pernah di tulis oleh blogger-blogger sebelum ini, maka apa salahnya saya pun berkongsi sedikit tips ke Legoland MENGIKUT VERSI SENDIRI...atau mengikut pengalaman sendiri...mungkin tidak sama dengan orang lain....
tips ke legoland
pertama : Tiket
anda boleh membeli tiket Legoland samada secara online atau datang terus ke kaunter tiket di Legoland. satu diingatkan bahawa jika anda membeli tiket masuk legoland di KAUNTER LEGOLAND maka anda perlu membeli PADA HARI anda ingin masuk sahaja...tidak boleh dibeli sehari awal....kerana tiket hari tersebut hanya valid untuk jualan hari itu sahaja ...mungkin ramai yg telah tahu melainkan kami aje kot...hihi...
kedua : masa pembelian tiket di kaunter Legoland
kaunter tiket Legoland buka seawal jam 9.30pg ...jadi kalau boleh anda perlu berada di sini sekitar jam 9.00 atau 9.15 pagi untuk beratur di depan kaunter tiket...kami hari itu memang bernasib baik kerana tidak perlu beratur panjang walaupun musim cuti sekolah....
jangan risau kaunter tiket ini banyak dan semua beroperasi dengan baik....sekiranya kaunter utama ini ramai dan sesak anda boleh ke kaunter di sebelah pintu masuk Waterpark .....
taman tema ini dibuka pada jam 10.00 pagi ...namun begitu anda boleh masuk ke sini sekiranya telah selesai membeli tiket walaupun sebelum jam 10.00 pg tetapi semua ride akan dibuka jam 10.00 pagi ....seeloknya sarapan dahulu sebelum ke sini....namun begitu didalam taman tema ini terdapat restoren sekiranya anda berhajat untuk makan di dalam ini....harganya mestilah berbeza dengan diluar kan.....
semua staf Legoland ini sangat friendly ...tanyalah apa saja mereka akan jawab....
ketiga : Tiket Kombo atau Tiket untuk satu permainan aje.....
tentu ibubapa tertanya2....nak beli tiket untuk 2 permainan (waterpark dan themepark) atau nak beli satu aje untuk satu hari....kadang2 terfikir CUKUP KE MASA NAK MAIN DUA-DUA DALAM SATU HARI ?????
sebenarnya CUKUP kalau kena caranya...namun begitu faktor cuaca juga akan mempengaruhi masa kita....sekiranya ada tanda-tanda cuaca akan hujan atau keadaan cuaca kurang baik maka bahagian WATERPARK akan ditutup. dan wang anda tidak akan dikembalikan....jadi staf Legoland akan mencadangkan kita memilih WATERPARK terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.....
Lalauan menuju ke Waterpark ....
masuk ke dalam pi cari loker dulu...nak tukar baju , nak simpan baju....
Dah siap tukar baju ....apa lagi jommmmmm....terjun...
boleh letak kasut di sini......
sungai LEGO....kepingan lego dibiarkan hanyut di sungai ini...sambil menyusuri sungai sambil bina istana lego.....
yang ini satu family boleh main...tapi agak ekstrem jugak sebab pelampung besar yang kita duduk tu akan berpusing-pusing melalui gelongsong yg ada....ibu yg takut anak-anak ok aje....seronok je diaorg duduk dalam tu.....
kejap aje dah sampai bawah....
laluan ke Dragon castle...lebih kurang naik roller coster jugak...
No comments:
Post a Comment