dah lama dah pendam hasrat nak ke Bukit Tinggi...teringin nak tengok apa yang menarik kat sana. lagipun dekat aje dari rumahku di Kota Damansara. pegi balik hari pun boleh ni. kebetulan hujung minggu itu Hubby bercadang nak bawa anak-anak mandi kat Janda Baik apa salahnya singgah bukit tinggi jap..............
untuk sampai ke sini sangat mudah . ikut aje sing board BERJAYA HILLS BUKIT TINGGI ....terus aje...akan jumpa pintu masuk dan kaunter tiket. RM13 untuk dewasa....
haaaaa....dah nampak dah tempat yang dituju Colmar & Tropicale Bukit Tinggi...
bahagian dalam bangunan ini...sebenarnya takde apa pun disini hanya lebih kepada rekabentuk bangunan yg unik dan menarik sahaja. bagi yg dekat boleh lah pegi balik hari aje tak payah bermalam pun takpe.....namun bagi mereka yang bermalam di sini jangan risau kerana terdapat beberapa cafe dan restoren di sini......
bye Colmar and Tropicale bukit Tinggi......
No comments:
Post a Comment