Friday, 4 March 2016

KEMBARA KE NEGARA GAJAH PUTIH ...THAILAND 2016 Part 1

assalamulaikum semua..............
lamanya tak update blog...
kali ni semangat nak review tentang travel ke luar negara dengan naik kereta sendiri ( thailand aje pun ...tp kira luar negara lah jugak kan...hihi)....
sebenarnya tujuan utama adalah ingin berkongsi kepada semua cara-cara nak masuk negara orang dengan kereta sendiri.....ada prosedur yg perlu dipatuhi....
sebenarnya tidak sesusah atau rumit sgt...tapi kena ikut semua syaratnya....baru semua selamat....

pelbagai cara boleh digunakan untuk ke Thailand...kami memilih untuk masuk dgn kereta sendiri...antara faktornya ialah lebih mudah untuk explore semua tempat orang dan anak-anak juga lebih selesa...tetapi yang tak bestnya ialah PENAT MEMANDU.....tapi tak kisahlah demi pengalaman kan.....

sebelum memasuk Thailand banyak jugak research yang ku buat....apa susah google aje kan.....
kumpul maklumat banyak-banyak....supaya perjalanan menjadi lancar...

antara dokumen penting yg WAJIB adalah ialah :


  1. Passport 
  2. Geran asal kereta  ( Jika salinan dapatkan pengesahan dari balai polis berdekatan.) 
  3. Insurance Basic.
  4. Borang Kastam ( kastam Thailand minta masa nak keluar ..ada yg kata takde pun takpe...tp baik buat)
  5. GPS ...WAZE...PAPAGO ..ATAU APA2 ALAT UNTUK DAPATKAN MAP THAILAND ( syarat tambahan sendiri...hihi )
  6. duit Thailand...tukar siap-siap ya...tak tau kemungkinan apa diperjalanan nnt...





kami masuk ke Thailand melalui Kompleks Imegresen  Kota Putra Durian Burong - Banprakob Thailand  iaitu hanya 10 minit aje dari Kuala Nerang Kedah....masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa disini juga kita boleh masuk ke Thailad....jadi pilihan kami tepat bilamana orang tidak ramai dan prosesnya juga sangat mudah dan cepat.....sedangkan waktu itu adalah Cuti CNY...

kami bertolak dari rumah mertua di Kuala Nerang lebih kurang jam 7.30 pagi dan sampai ke Kompleks Imegresen lebih kurang 7.45 pagi....


keadaan masih gelap gelita kami sudah keluar rumah....lebih awal lebih baik untuk mengelakkan sebarang kemungkinan di Kompleks Imegresen tersebut....


double check dulu ....pastikan Passport...dokumen kenderaan dan semua dokumen penting ada ...jangan tertinggal ya....

Jom kita mulakan perjalanan kita...Bismillahirahmanirahim....

inilah jalan raya yang menuju ke pintu masuk sempadan Thailand melalui Kompleks Imigrasen Kota Putra Durian Burong dari Kuala Nerang Kedah ...kiri kanan pokok getah...tapi jalannya sangat elok dan lancar....



kami sampai didepan pintu masuk sekitar jalam 7.45 pagi dan kami berbaris bersama beberapa buah kereta dan van pelancong dari Thailand...seperti yang dijangka orang tidak ramai dan tidak sesak di sini....kaunter hanya dibuka bermula jam 8pg - 6 petang....jadi tunggu aje lah dulu...dalam hati berdebar jugak ...maklumlah first time nak masuk negara orang dgn kenderaan sendiri ni....
kami sebenarnya konvoi 3 buah kereta bersama family mertua dan jugak mak mertua...risau jugak takut ada di antara 3 kenderaan ini yang tak lepas imigresen...


kereta kami paling akhir....matahari belum keluar kami dah sampai sini....


berbaris dulu ditepi jalan...ikut sapa cepat dia depan....hihi




sebaik sahaja gate dibuka terus sahaja masuk dan berbaris di hadapan pos imegresen malaysia...bagi kita WARGA MALAYSIA....tidak perlu keluar...berbaris sahaja dalam kereta..keluarkan possport dan hulur pada pegawai di situ kemudian teruskan sahaja perjalanan ( ke depan aje sikit ) terus masuk ke Imegresen Ban Prakob Thailand...



suasana jugak tenang dan terkawal kerana orang tak ramai disini...jangan risau pegawai Thailand disini boleh berbahasa Melayu....
di sini kita perlu parking kereta dan turun mendapatkan Borang pendaftaran perjalanan kenderaan serta white Form dari kaunter-kaunter disini....isi form tersebut dalam 2 salinan...kemudian kena rurun beratur untuk cop passport...depa minta bayar rm6 untuk 5 passport kami satu family...ikut aje lah...orang tak ramai di sini , tetapi memandangkan kami konvoi 3 buah kenderaan dengan jumlah ahli travelling seramai 16 orang yg berusia 2 tahun - 78 tahun....macam2 hal nak kena seatle...nak isi white form dan segala macam borang disini pun dah mengambil masa lebih dari 1 jam....( tambah lagi ada beberapa perkara yg kami kurang arif tentang borang yang diberi )...kesilapan disini kami tidak mengambil dan mengisi borang Kastam....(nnt ku ceritakan selepas ini bahawa borang ini perlu ada)....ok setiap borang yang diisi...hanya serah SATU salinan aje pada pegawai disini....satu lagi diserahkan apabila keluar dari negara mereka nnt...ingat tu ...JANGAN HILANG...Penting !!!
ok...semua selesai....jommmmm.....





 laluan dari Ban Prakob ke Hatyai.....jalan raya yang lurus dan sangat elok....
seterusnya nak cari kedai telefon....nak tukar simcard pulak...ye lah konvoi 3 buah kereta...kami plan setiap wakil dalam setiap kereta perlu ada simcard Thailand dan yang penting kena ada INTERNET....so selepas 15 minit lebih kurang anda akan bertemu kawasan kampung dan kedai-kedai runcit....jangan cari kedai biasa atau 7e yang ada jual simcard sebab depa tak tau nak pasang dalam phone kita....sebaiknya carilah kedai Telekomunikasi......pengalaman pertama disini ialah bila rakyat thailand tidak boleh berbahasa Inggeris dan kita pula tidak boleh berbahasa Thailand....hahaha... kami terpaksa menggunakan bahasa isyarat campur bahasa inggeris campur bahasa melayu...so kami membeli 4 simcard untuk ....satu simcard berharga 10Baht...internet yang sgt laju....kos disini baru 40Baht...( nak roaming pun boleh sebenarnya, tp kami lebih senang beli simcard thai terus )...ok..done...kami buat group wasap untuk 3 kenderaan....jom....
teruskan perjalanan sehingga ke Hatyai...dari Hatyai kita guna google map ya....ikut aje...HATYAI - KRABI.....



Ikut kiraan dalam map tu macam dekat aje...sekejap aje...tapi faham-fahamlah bila dah ramai...bila speed laju ada yg tertinggal dibelakang...jadi kadang bawa pelan kadang bawa laju...rupanya 2 kenderaan kami depa takde google map atau waze ....so..install dulu waze bagi memudahkan perjalanan...mana tau takut ada yg sesat atau terlepas dari kenderaan di hadapan...

kami meneruskan perjalanan dan berhenti di satu masjid di Daerah Tapae Pattana untuk rehat, buang air atau makan...perut semua dah keroncong dan kami membawa bekal dari rumah so duduk ramai-ramai makan dulu....untuk pengetahuan semua...sepanjang perjalanan dari Hatyai-Krabi memang susah nak jumpa tempat yang sesuai untuk berhenti kerana dikiri kanan jalan penuh dengan rumah-rumah kampung dan juga pokok-pokok getah atau kilang dan bangunan kerajaan...so memang tidak sesuai untuk berhenti...yang best sepanjang jalan kita akan bertemu banyak MASJID....jadi anda boleh pilih nak berhenti dimana...kami akhirnya berhenti di Masjid Tapae Pattana....



terjumpa seorang pakcik penduduk tempatan disini...datang kepada kami..mungkin pelik tangok tiba-tiba ada ramai pulak orang singgah kat masjid ni agaknya...tapi yang mengejutkan kami Pakcik ini boleh berbahasa Melayu yg fasih...


ada beberapa perkataan Bahasa Melayu yang digunakan di masjid ini....

kami meneruskan perjalanan....di pertengahan jalan terutama di sekitar lampu isyarat ramai penduduk tempatan menjual bunga-bunga yang disulam indah...kami beli dan letak dlm kereta...wangi baunya...bunga melur dan kemboja...membeli sambil membantu ...


sebelum melangkah ke negara orang elok kiranya kita tengok dulu nilai kadar tukaran wang asing...masa kami ke Thailand inilah nilai yg kami dapat.....RM semakin rendah...memang terlepas budget jugak lah dalam beberapa perkara terutama semasa makan.....


perjalanan Hatyai-Krabi sebenarnya tidaklah jauh...tetapi kami kerap juga berhenti untuk isi minyak , ke toilet, makan , beli keperluan diri dan beberapa urusan lain....so perjalanan yg pendek menjadi sedikit panjang.....

matahari hampir terbenam...maka akhirnya sampai juga ke Bandar Krabi...nampak tak singboard KRABI tu.....yessssss...rasa hilang letih jap.....lebih kurang setengah jam dari Krabi Town baru sampai ao Nang Beach....


ok...kita nak check in pulak....jom ke Phutawan Resort....

Displaying IMG_3025.JPG
Displaying IMG_3025.JPG

di sini kami booking 3 bilik sebab sebab jumlah kami yang dewasa melebihi had yang dibenarkan....

satu lagi terpaksa booking Aonang Village Resort....


pelik kan sampai kena booking 2 hotel.....ada kisah disebaliknya...
tunggu entry seterusnya...........................bersambung..................



No comments:

Post a Comment

Christchurch......bumi indah dan damai

Christchurch...... bumi indah dan damai......... kenangan 2 Dis 2018 bumi yang Indah .........Subhanallah..... kami menjejak kaki d...