Saturday 21 June 2014

D'Muara Resort Hj. Dorani Sg. Besar part II

assalamualaikum...............
hari ini cuba nak siapkan entry berkenaan resort hj. dorani......
semoga ianya dapat memberi panduan untuk sesiapa yg berhajat untuk ke sini...InsyaAllah ianya memuaskan hati anda...walaupun ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki bagi memajukan resort ini...



ini ialah suasana di balkoni bilik...kebetulan masa kami check in air tengah pasang...so mmemang terasa betul-betul berada di atas air...kedengaran ombak dibawah bilik...ternampak ketam-ketam di bawah air...
terdapat dua kerusi di sini dan satu meja...memang sangat santai...dibuai angin laut yg sejuk...

 terdapat dua buah katil single kat bilik ini...( gambar diatas ialah katil itu telah kami cantum jadi satu )....cuma satu perkara yg perlu dipertingkatkan oleh pihak resort ialah keadaan katil, tilam dan selimutnya yg agak sudah usang, terkoyak dan lusuh. sebab itu kami ada bawa cadar sebagai alas tilam...baru rasa lebih selesa....namun keadaan masih selesa....

bilik ini dipisahkan oleh pintu cermin dengan balkoni....bila malam pintu ini perlu ditutup...takut nanti dimasuki serangga seperti nyamuk atau agas....hihihi..


 suasana dibilik air yg bersih dan kemas.....

 almari pakaian dan disebelah almari itu ada peti kecil (dlm almari) yg masih boleh digunakan, walaupun petinya agak berkarat dan kurang sejuk...hihihi
 memancing di balkoni bilik....angin bertiup kuat..tu yg nampak anakku pegang rambut tu...

 suasana laluan ke bilik...hanya ada 13 sahaja bilik yang mengadap laut...yang lain mengadap taman....hanya ini laluannya...so, kena jalan kaki samada anda membawa beg sikit atau banyak, ringan atau berat perlu bawa sendiri. satu lagi bellboy takde ya...



 inilah bilik kami.......
 depan bilik ...nampak tak air laut tu...tu ialah waktu air pasang....

 laluan keluar dari resort. lalu kat sini. nampak macam ada meja, tapi takde pulak orang menjual makanan...satu lagi..kat sini tidak ada perkhidmatan sarapan pagi atau makan malam ya...kalau nak makan perlu cari keluar sendiri diluar resort. tetapi jangan risau..kat sini ada banyak restoren yang terdapat pelbagai menu yg sedap...paling dekat ialah bandar sg. besar....


 ini suasan waktu pagi...sambung memancing lagi...pakai baju tidur je..

 waktu ini ramai para nelayan mula keluar untuk cari ikan di tengah laut. laluan ini ialah laluan sempit hanya untuk laluan motorbot para nelayan ni...

 aktiviti lepas bangun tidur....layan kucing penjaga resort ni...



 dah nak balik dah...lepas check out...pandai-pandailah bawa keluar barang-barang anda dengan membawanya sendiri. sekali lagi diingatkan tiada perkhidmatan bellboy disini ya...


bye....bye...
percutian di sini agak menarik dan insyaAllah kami akan kembali lagi untuk merehatkan diri sambil santai....

bagi menjimatkan kos bawalah rice cooker..masak sendiri..tak payah kuar bilik..hihi
satu lagi sila bawa iron sendiri ya...

* sebenarnya resort ini boleh dimajukan lagi jika ditambahkan beberapa kemudahan lain. seperti diwujudkan kolam atau taman tema. tapi ada kolam pun sudah mencukupi. ini kerana pantainya tidak sesuai untuk mandi mandi, sekiranya ada kolam sekurang-kurang anak-anak boleh mandi mandi dikolam ini. selain itu, boleh juga di tambah taman permainan kanak-kanak. juga perindahkan lagi lanskap kawasan resort ini. semoga DMUARA RESORT SG. HJ. DORANI lebih maju dan tersohor dipersada dunia....

Wednesday 4 June 2014

GOLD COAST MORIB part II

salam semua...jumpa lagi...
kali ni saya nak sambung aktiviti yg boleh dilakukan di sini. terutama utk mengembirakan anak-anak kita.
semua aktiviti ini perlu dirancang supaya masa percutian diisi sepenuhnya...

jom layan gambar-gambar kami...






tengok..! bukan anak je yg seronok. Bapa-bapa pun seronok...
kat sini anda boleh pakai pakaian biasa yg sesuai utk mandi lah ( tetapi ikut syarat swiming suit lah)...kami pakai baju biasa je....

 orang kata Pantai morib tak boleh mandi. Sebenarnya boleh mandi. tapi kena tengok waktunya. ini ialah masa air pasang dan ombak kuat. so, boleh mandi....tapi airnya keruh lah...

 apa kata kita main pasir jelah....pakai tangan je..ummi lupa nak bawak segala barang mainan binaan pasir ni. yg memang ada kat rumah....



 kakak tunggu giliran nak naik ATV Motor....jauh jugak abah bawa...

banana boat pun ada.....tapi tak tahu bila masanya org naik....kami tak cuba pulak benda ni...

 kebetulan ada org sewa/jual Giant Bubble....bagilah anak-anak main jap...seronok tengok anak-anak seronok....



 sabar ajelah melayan kerenah sikecik ni...macam-macam angin...sekejap ok, sekejap ko...geram tu jgn cakaplah...bercuti dengan anak-anak kecil ni kadang-kadang jadual travel jadi lari sbb kena seatlekan dulu anak-anak yg pelbagai ragam....

jangan harap nak beromatika D Amor....ada je kat tepi tu....ni pun tengah mengamok ni....

sunset dari balkoni tingkat 5..............

 kat lobby lepas breakfast...layan budak kecik tengah mengamok

 cantik pulak view ni...gambar ini diambil oleh anakku yg berumur 11 tahun....boleh tahan...


ini suasana dlm hotel.....

 sebelum balik.............gambar kenangan...

bye Gold Coast Morib....satu percutian yg mengembirakan terutama anak-anak. walaupun ada kekurangan disini, tetapi kami tetap selesa. kepada sesiapa yg sedang mencari tempat percutian yang best dan sesuai untuk seisi keluarga, boleh pilih di sini. harga berpatutan, penginapan yg selesa....

GOLD COAST MORIB

Assalamualaikum.......................
selamat bercuti kepada yg telah dan sedang bercuti.....
alhamdulillah kami sekelurga juga sempat pergi bercuti utk mengisi cuti sekolah anak-anak...
kami pergi dekat aje...iaitu GOLD COAST MORIB....bukan gold coast Australia tau...morib aje..
hanya 1 jam 30 minit dari Kota Damansara ~ morib...


ni lah Gold Coast Morib..................

mulanya hati gundah gulana bila terbaca banyak blog yg menceritakan tentang "ketidakseronokan' mereka bercuti di sini. tetapi bila kami sendiri berada di sini selama 3hari2malam....alhamdulillah semuanya ok, puashati dan selesa. dan yang penting anak-anak yang paling happy sebab dapat main taman teman air yg sangat luas......


ini view dari balkoni bilik kami di tingkat 5......alhamdulliah dapat bilik yg berada di tengah-tengah...memang rezeki. takde minta bilik mana-mana pun....




jakuzi dalam bilik....puteri debab ini rasmi dulu....
letak buih, air suam, berendam berjam-jam....

 ada tingkap yg bersambung dengan ruang bilik....memang boleh nampak anak mandi dr atas katil..


nampak tak tingkap bilik air tu....hihi
luas tak ? luaskan.....
keadaan bilik yg telah diubahsuai oleh kami...dari 2 katil single, kami cantum jadi satu. dan tambah tilam sendiri....
untuk makluman semua, kat sini tiada perkhidmatan tilam tambahan ya....jadi bawa siap-siap dari rumah..kalau tidak anak-anak tidur atas tilam, mak ayah tidur atas lantai....


jgn lupa sing board yg menjadi bukti pernah sampai kat sini ya...

antara aktiviti yang boleh membuat anak anda gembira...

vespa Vs BMW....hihi

 siapa suka naik ATV Motor...kat sini juga ada disediakan...demi anak-anak, keluarlah budget sikit utk merasa naik ni....kami sempat naik ni, kebetulan org tak ramai. sampai je terus bayar terus naik....


 kakak bawa dulu...adik duduk belakang

adik pulak bawa...kakak duduk belakang....

ada lagi aktiviti yang boleh dibuat di sini...nnt kita sambung lagi ya....

Christchurch......bumi indah dan damai

Christchurch...... bumi indah dan damai......... kenangan 2 Dis 2018 bumi yang Indah .........Subhanallah..... kami menjejak kaki d...