Friday, 26 September 2014

cuti-cuti Telok Chempedak ~ Hyatt Regency Kuantan Resort



kami bertolah dari Kota Damansara lebih kurang jam 11 pagi....singgah di R&R Temerloh...nak makan nasi ikan patin...akhirnya kami sampai di Hyatt Hotel lebih kurang jam 2.30 petang...suami pi check in, ku tunggu aje dalam kereta. dalam hati risau jugak takut kisah di Hyatt Kinabalu berulang kkembali...adoi...akhirnya berjaya check in...ambil barang dan letakkan aje kat lobi dulu. sebabnya bilik yang kami nak belum siap....takpelah kami ronda-ronda pusing pusing sekitar hotel ni dulu...

walau pun panas terik, tapi angin laut bertiup sgt kuat menjadikan keadaannya sejuk dan nyaman....kami duduk di kerusi kawasan tepi pantai tu sementara tunggu bilik siap...

lama juga tunggu bilik, hampir kul 4.15 petang baru dapat masuk bilik. rupanya ada sedikit salah faham di bahagian reception. tapi tak mengapalah sebab kami pun seronok duk melepak tepi pantai tu.....tapi anak-anak dah mengamok sebab tak sabar nak mandi kolam...

haaaaah ni dia anak-anakku dah boring menunggu...




anak lelakiku tengah membebal ajak masuk bilik...sebabnya nak tukar baju nak mandi kolam...itu tujuan depa bila bercuti...nak mandi kolam atau main pantai....


ronda-ronda dulu, tengok kolam mana yang paling best...hihihi
kat sini ada 2 lokasi kolam dewasa dan kanak-kanak. sangat luas, bersih dan cantik....
paling ku suka di sini ialah kawasannya diredupi dengan pokok-pokok bunga kemboja yang banyak...






waktu ini kawasan pantai ditutup....siap ada bendera merah di situ....

budak dah boringgggg.................................







selfie sekepim dua...hihi



akhirnya...............................
dah dapat masuk bilik..hoorey...







view dari bilik kami....tingkat 4...mengadap laut dan kolam.....best...sgt sgt cantik...

Saturday, 20 September 2014

HYATT REGENCY KUANTAN RESORT ~ sangat Best...



haaaaah....ini dia pintu masuk ke Hyatt Regency Kuantan Resort...mula-mula nak cari hotel ni susah juga. sebab dia berada di satu jalan kecil di kawasan yang sangat sibuk iaitu pusat bandar Telok Chempedak dan berada di kawasan resoten McD, KFC, Burger King dan beberapa restoren serta kedai makan di kawasan itu......



ini pula waktu malam..ku sanggup berhenti di sini semata-mata nak ambik gambar ini...bukti pernah menginap di sini kan.....tangan sampai macam tu sebab terkena silauan lampu kat sini...

apa yang paling menarik ku untuk datang ke sini ialah......



pantai dan kolamnya sangat sangat best......bersantai untuk merehatkan minda setelah penat bekerja....





kat sini banyak sekali di tanam pokok bunga kemboja...sana sini kemboja. sampaikan ada bunga bunga kemboja berguguran jatuh ke dalam kolam....sangat wangi...sangat cantik....

SANTAI......minum teh dan kopi di balkoni mengadap laut dan kolam....best...





ok....nnt kisah percutian ini akan disambung pada entry seterusnya....bagi yang inginkan percutian yang selesa bolehlah pilih Hyatt Kuantan...Insya Allah anda akan berpuas hati....jika ada ingin bertanya apa-apa pengalaman pahit manis bolehlah email saya .... hawanilazim14@gmail.com...atau fb saya : hawanilazim atau juga instagram : hawanilazim......

Saturday, 21 June 2014

D'Muara Resort Hj. Dorani Sg. Besar part II

assalamualaikum...............
hari ini cuba nak siapkan entry berkenaan resort hj. dorani......
semoga ianya dapat memberi panduan untuk sesiapa yg berhajat untuk ke sini...InsyaAllah ianya memuaskan hati anda...walaupun ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki bagi memajukan resort ini...



ini ialah suasana di balkoni bilik...kebetulan masa kami check in air tengah pasang...so mmemang terasa betul-betul berada di atas air...kedengaran ombak dibawah bilik...ternampak ketam-ketam di bawah air...
terdapat dua kerusi di sini dan satu meja...memang sangat santai...dibuai angin laut yg sejuk...

 terdapat dua buah katil single kat bilik ini...( gambar diatas ialah katil itu telah kami cantum jadi satu )....cuma satu perkara yg perlu dipertingkatkan oleh pihak resort ialah keadaan katil, tilam dan selimutnya yg agak sudah usang, terkoyak dan lusuh. sebab itu kami ada bawa cadar sebagai alas tilam...baru rasa lebih selesa....namun keadaan masih selesa....

bilik ini dipisahkan oleh pintu cermin dengan balkoni....bila malam pintu ini perlu ditutup...takut nanti dimasuki serangga seperti nyamuk atau agas....hihihi..


 suasana dibilik air yg bersih dan kemas.....

 almari pakaian dan disebelah almari itu ada peti kecil (dlm almari) yg masih boleh digunakan, walaupun petinya agak berkarat dan kurang sejuk...hihihi
 memancing di balkoni bilik....angin bertiup kuat..tu yg nampak anakku pegang rambut tu...

 suasana laluan ke bilik...hanya ada 13 sahaja bilik yang mengadap laut...yang lain mengadap taman....hanya ini laluannya...so, kena jalan kaki samada anda membawa beg sikit atau banyak, ringan atau berat perlu bawa sendiri. satu lagi bellboy takde ya...



 inilah bilik kami.......
 depan bilik ...nampak tak air laut tu...tu ialah waktu air pasang....

 laluan keluar dari resort. lalu kat sini. nampak macam ada meja, tapi takde pulak orang menjual makanan...satu lagi..kat sini tidak ada perkhidmatan sarapan pagi atau makan malam ya...kalau nak makan perlu cari keluar sendiri diluar resort. tetapi jangan risau..kat sini ada banyak restoren yang terdapat pelbagai menu yg sedap...paling dekat ialah bandar sg. besar....


 ini suasan waktu pagi...sambung memancing lagi...pakai baju tidur je..

 waktu ini ramai para nelayan mula keluar untuk cari ikan di tengah laut. laluan ini ialah laluan sempit hanya untuk laluan motorbot para nelayan ni...

 aktiviti lepas bangun tidur....layan kucing penjaga resort ni...



 dah nak balik dah...lepas check out...pandai-pandailah bawa keluar barang-barang anda dengan membawanya sendiri. sekali lagi diingatkan tiada perkhidmatan bellboy disini ya...


bye....bye...
percutian di sini agak menarik dan insyaAllah kami akan kembali lagi untuk merehatkan diri sambil santai....

bagi menjimatkan kos bawalah rice cooker..masak sendiri..tak payah kuar bilik..hihi
satu lagi sila bawa iron sendiri ya...

* sebenarnya resort ini boleh dimajukan lagi jika ditambahkan beberapa kemudahan lain. seperti diwujudkan kolam atau taman tema. tapi ada kolam pun sudah mencukupi. ini kerana pantainya tidak sesuai untuk mandi mandi, sekiranya ada kolam sekurang-kurang anak-anak boleh mandi mandi dikolam ini. selain itu, boleh juga di tambah taman permainan kanak-kanak. juga perindahkan lagi lanskap kawasan resort ini. semoga DMUARA RESORT SG. HJ. DORANI lebih maju dan tersohor dipersada dunia....

Christchurch......bumi indah dan damai

Christchurch...... bumi indah dan damai......... kenangan 2 Dis 2018 bumi yang Indah .........Subhanallah..... kami menjejak kaki d...